20101221

Andai ditakdirkan tiada jodoh kita ~ 2

Seperti yang dirancang. Kak aina dan mas sedang merilekskan diri. Mas Sekejap ke ruang tamu, sekejap menjengok ke luar tingkap…mencari ketenangan. Yalah. Pelakon utama, segala tumpuan akan diberikan padanya. Timbul tenggelam semua bergantung kepadanya. Tarik nafas, hembus, tarik nafas…hembus. Mas dengan bertelekung baru lepas solat maghrib nak menunggu solat isyak. Nasib baik sini kawasan sejuk. Kalau tak, dah lama berjuraian keringat kerana tekanan. Untung housemate yang lain balik kampong. Kalau tak pasti mereka tertanya2 apasal dua2 orang ni keluar masuk keluar masuk.

“ok…dah?” mas yang terasa tekanannya bertanya “mana skripnya akak?”
“nah….” Skrip tu di teliti oleh mas. Secara keseluruhan oklah….kisah kak aina kena pulang ke kampong kerana ibunya sakit- memang ibunya sakit ada masuk hospital tapi baru je berlalu. Dia terpaksa menjaga ibu di hospital dan handsetnya tertinggal di rumah. Sebab tu beberapa call dan mesej tidak berjawab. Kerana mesej dan call itu menyebabkan kakaknya dapat tahu dia berkawan dengan orang jauh beribu batu. Famili dia dah marahkan dia siap dengan warning. Ibunya pula ada masalah jantung dan selalu mengharapkan kepulangannya kepangkuan keluarga. Maka….hari ini kakaknya yang palsu iaitu mas akan berbual dengan teman lelakinya. Ini tentang bagaimana hendak menyedarkan teman lelakinya dengan apa yang dikatakan sebagai ‘TAKDIR’. Jangan salahkan orang lain jika takdir tidak menyebelahi anda. Bila anda mahukan ia terjadi tanpa memikirkan perasaan orang lain, bagaimana mungkin ia akan terjadi hanya dengan mengikut kehendak anda sahaja.
Dalam dunia ini ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bukan hanya perasaan sendiri. Kata orang ‘ikut hati mati, ikut kata binasa’.

20101213

rahsia dapur

Hari ini berkebun. Masa tengah berkebun terasa lapar pulak. Adikku keluar dengan semangat waja nak mengadjust pokok2 bunganya. Semangat waja dan bertenanga sebab dah makan katanya. Sebut pasal makan! Aku belum makan. Tinggal sikit lagi roti canai atas meja. Hand made juga adanya. Tak kenyang dengan roti canai sebutir, aku ambik keputusan buat bubur nasi. Terjumpa pula dua biji kentang yang dah tumbuh. sebiji aku kerat dua. Lepas tu jemur bawah matahari pagi. Teringat pesanan kawan lama. Katanya kalau nak menanam kentang keringkan dulu bahagian yang dipotong. Untuk elak kentang yang ditanam menjadi buruk. Sebab dah banyak anak kentang tu, baik aku tanam sebiji. Lagi sebiji aku buang kulit. Separuh masuk dalam bubur nasi, separuh lagi bertepek ke muka. Masker, masker yang murah. Baik untuk kulit jugak nih. Sambil menanti bubur masak, I take my time. Baca buku kisah teladan siri 2. adikku masuk kepenatan selepas menyapu daun2 yang berjatuhan di laman dan selepas mencuri sebiji dua pasu yang baru aku clearkan untuk tanam kucai. Dia dah buat tanam kunyit dengan halia.

“apa maksud ni ~ protect yourself against insurance fraud?” Tanya dia sambil membelek buku maklumat insurans.

“lindungi diri anda dengan insurans” jawabku under control. Ye la kentang bertepek di muka.

“~fraud ni?”

“aku dah kata kan….nak belajar English bawa la kamus satu jalan sana sini” haha…sebenarnya aku tatau apa tu ~ fraud. Memang takleh berkomunikasi lebih dari 2,3 minit. Sebab dendam tadi masih membara. Dia nak buang semut dari senduk kayu dengan membakarnya ditepi dapur yang aku tengah guna. Aku suh cuci dengan air, dia terus tinggalkan dalam sinki. Nak buang segerombolan semut je, tapi dia tinggalkan senduk dalam sinki melekatla dengan minyak2 dari pinggan mangkuk lain nanti. Last2 bergaduh mesti dalam silibus.

“ala….tanya ko la….ko kan pandai….” Haha pandai pula memujuk rayu. Lepas curi pasu aku. lepas dia bakar pokok bunga merangkap pokok ulam aku tadi.

“ ye ..aku memang pandai….masak pun pandai…..aku ader masak bubur…agak2 kentang dah takde kat muka, ko tau la dah ke mana kentang ni pergi….”

andai ditakdirkan tiada jodoh kita~1

Kupu2 terbang melintang
Terbang dilaut dihujung karang
Hati di dalam menaruh bimbang
Dari dahulu sampai sekarang


Hari ini hari minggu. Kalau tak ke mana2 semua orang yang rajin akan menyusun semula tempat tinggal mereka yang selama seminggu mereka abaikan. Sedang mengemas almari kain sambil membuat pengelasan mana yang masih elok mana yang perlu direpair. Terdengar ketukan di pintu dua tiga kali, Kak aina masuk tergesa-gesa ke bilik mas. Dia agak keserabutan.
“apasal kak?” kak aina menyembam muka ke tilam. Kemudian mendongak kepala memandang mas.
“tolong akak mas…” mas senyap sebentar. Nampak macam parah betul.
“tolong apa?”
“akak tak dapat teruskan hubungan dengan dia……” suaranya sedih juga. Mas berfikir2 sebentar. Cuba mengingat dia yang mana satu. Dia yang itu atau yang ini. Tapi seingat mas dia yang dimaksudkan oleh kak aina….sebab kak aina bukanlah play girl. Dia bukan orang yang akan berkawan dengan ramai orang. Biasa satu satu sahaja. Lepas putus satu, timbul lagi satu. Dulu putus pun dia yang putuskan itu pun selepas dia lakukan solat istikharah sampai 7 kali. Kali ke tujuh dia mimpi ada harimau mengaum katanya. Buat dia ketakutan…jadi yang itu sudah diputuskan. Jadi yang ini mesti dia yang berada di Sarawak tu. Yang dia jumpa melalui cupid chat guna hand set. Lepas berbalas email dan bertukar gambar. Diorang bertemu di Bandar KK….sekarang apa dah jadi?

“akak rasa macam tak dapat nak teruskan….akak dah slow talk dengan dia….tanya dia…macam mana kalau kita ni sebenarnya ditakdirkan tak ada jodoh….”
“habis…apa dia kata” sebenarnya hati kak aina dah berbelah bagi. Antara famili dan pilihan sendiri.
“dia tak boleh terima takdir macam tu….dia kata kalau dua2 dah suka….semua line clear, macam mana pula boleh kata takde jodoh….melainkan kalau salah seorang yang curang….dan dia takkan curang…”
“wow….kalau tak jadi, dia nak kata akak la yang curang?” ini kes orang yang tak nak fikir panjang dan tak boleh terima takdir. “jadi…apa yang boleh dibuat? Akak pun satu hal, hari tu bukan main la melayan dia…..sekarang dah berpijak dibumi nyata….mulala pening kepala…..”
“apa yang boleh dibuat mas?”




“hari tu kata dah nak masuk meminang?” mas masih hairan. Apa dah jadi. Tapi otak ligat juga berfikir. Yelah….bertugas di pedalaman sabah, berjumpa di Bandar KK, teman lelaki pula dari Sarawak. Kerja tetap dan tinggal bersama ibunya. Tempat asal kak aina pula di Johor bharu. Dahla anak bongsu kesayangan keluarga. Dah beberapa kali familinya suruh pindah dan pulang ke kampong halaman. Nampak macam peribahasa ‘asam di darat, ikan dilaut..dalam periuk pasti bertemu’ akan menjadi….tapi mungkin dengan susah payah dan pengorbanan yang bukan sedikit. Tapi Mas sudah lama memerhati hal ini…kadang-kadang terfikir. Hubungan terapung begini akan sampai ke mana?

bila jadi kebiasaan

Biasakan yang betul
Betulkan yang biasa


Suatu hari ketika imam Abu Hanifah sedang berjalan2 melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, beliau terdengar suara orang mengeluh dan menangis tersedu2.


Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pulang ke rumahnya dan mengambil bungkusan untuk diberikan kepada orang itu.


Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.


Dan, si malang itu berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa2 membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis,


Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi.


Mendengar keluhan itu lagi, Abu Hanifah pun lalu melempar lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik mendapat bungkusan itu, lantas terus membukanya.


Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada secebis kertas lalu dibacanya


Sebaik selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.


Note: jangan jadikan yang buruk sebagai satu kebiasaan kerana……bila ia sudah menjadi satu kebiasaan, amat sukar pula untuk mengubahnya.



“hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘Malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan..jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin dating sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak patut duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan memperkenankan permohonan orang yang malas berusaha. Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan memohon pertolongan Allah. Insyaallah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah….carilah pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”


“Ya Allah Tuhan yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak memberinya kepadaku, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”


“hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu. Kamu tidak perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah memohon kepadaNya dengan bersungguh2, jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”


“aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang nasibnya dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum pernah dating sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas kasihan yang sudi memberi curahan air walau pun setitik,”


20101207

kita musafir

sejam menunggu JJQ datang ambil. abih stail dah. dari berdiri, duduk, dari duduk bersila, mengcangkung, melunjur. main2 batu2 berserakan di dataran gurun..........

akhirnya ada hamba Allah pelawa untuk tumpangkan kami berempat dengan barang yang berlambak2-baru balik dari Hatyai kannn..... ni pasal pak mat teksi dah off hanset. berterabur dah plan asal.

alhamdulillah....semua pun dari Allah. yang disampaikan melalui hamba2nya.

ada perkataan thailand yang kami belajar:

tauraiii - berapa harga
lennoi - kurang la sikit
peng - mahal
meauu - tak mau

meauu ni adik ku suka sebut.....haha

20101206

bagaimana wanita dan lelaki di mata anda

Petikan dari email ku 6, 7, 8 tahun yang lalu. rasanya dulu macam pernah terbaca dalam majalah gila2...



Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,

Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm..perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.


merupakan orang yang sibuk.
Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan

Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.



Bila lelaki tidak berada di mejanya,

Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,



Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS, Nampaknya

dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,

Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.



Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,

Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,

Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,

Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,

Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wanita keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang laki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,

Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan langsung dan tidak tetap pendirian.

puzzle in my life

Hidup ini betul2 macam puzzle. U need to solve it. Kalau tak selesaikan macam mana nak teruskan hidup? Dulu masa zaman kanak2 nak sangat cepat dewasa. Seronok tengok orang dewasa bebas lakukan apa sahaja. Ke sana sini tanpa ada halangan. Nampak macam bebas nak lakukan apa2pun.

Sekarang dah dewasa…huhu…banyak kerja orang dewasa ni…nak rancang nak fikir nak buat keputusan, nak ke sana ke sini, bukan nak, tapi terpaksa ke sana sini……….penat

Cek yang belum sampai tu aku rujuk ke pejabat takaful

“encik, saya dan adik serahkan sijil pada masa yang sama, tapi cek adik saya dah sampai, saya pula belum”..

“ cik punya cek dah sampai ni ada rekod……”

“tak de…saya tunggu 2 bulan dah”

kan alamatnya ke tempat kerja..”

“tempat kerja??”

Adeh…sampai ke opis pulak. Apasal ari tu aku angguk je masa dorang kata nak di hantar ke alamat ni ke cik….apasala tak dengar dulu dia bacakan alamat tu. Dah satu hal nak bergegas ke opis pulak…..aku tengah cuti ni. Dah le opis jauh. Esok jela. Alang2 kuar Bandar hari ni g settlekan lain2 hal la dulu. Tutup akaun broadband yang lembab tu, tutup akaun kad kredit yang kononnya tak de yuran tahunan tapi rupanya interest berlambak2 dikenakan atas penggunaan. Interestnya bukan pada bil yang gagal dijelaskan tapi pada penggunaan. Kalau guna hari ni, esok bayar pun tetap ada interest. Mengarut tul kad kredit ni. G bayar cukai berpintu2 yang kompom kena denda 2hinggit..huhu..denda dua ringgit. Parking beringgit2 gak.

Esoknya…

“waaa…..ada orang dah datang dapat pindah tak kasi tau”

“bila nak kenduri? Sebab dapat pindah….atau kenduri yang tu..” ooowh banyaknya sapaan yang belum ku jawab dengan kata2….hanya senyuman, tapi tangan terus mencari di bahagian surat. Mana? Mana? Cek ku ribu riban tu…bukan duit aku jugak. Duit adikku. Ari tu cek dia sampai dulu aku dah beli tanah tanih….sekarang kena ganti semula dengan cek ni.

Waaa…air mata bergenang

“cari apa?”

“cek! Ada sesapa nampak…tolong….tapi cek tu patut dah sampai 2 bulan lepas”

Arghh….takkan lebur begitu saja

“patut cari 2 bulan lepas la….” Aiiiish kecoh opis turut carikan cek tu…huhu..memang takde. “ kot ada yang ambil dan letakkan di meja mu?” huhu…..

“Apa masalah sayang oii…..tipon la syarikat tu batalkan cek suh buat yang lain…dorang ada rekod gak tu….”

“owh…yeke…” tak jadi airmata ni nak jatuh..heheh. jadi esok sajalah pergi semula syarikat minta batalkan dan buat cek baru. Rasanya baik aku cari no tipon dan website duluan la. Kot2 berguna…..hal pindah ni pun nak kena setel gak

Dan satu hari ku mengemas opis tempatku sebab dapat pindah tu…..kalau betul2 aku akan pindah lah…kalau tak, memang angkut semula la barang balik ke sini..:P

Sampai umah jam 4 petang, nasib baik dah solat awal di opis tadi…..ader call masuk

“mak lang….ko dah tipon pak mat teksi ke suh hantar korang ke highway gurun pukul 2 pagi ari sabtu ni?”

“lah lupa la”

“cepatla tipon…aku kat sini pulak yang risau”

“yela…nanti aku tanya mak” tapi mak takde..ntah ke mana dia dah merayap. Aku pun merayap ke rumah mak cik internet sebelah rumah..hahah…makcik yang banyak maklumat tu.

“salam…..mak njang…buat apa”

“oih….hang ka..apahai?”

“nak minta no tipun pak mat teksi…mak njang ada tak?”

“ada aih….hang nak buat apa?”

“kami nak pi Hatyai 2 hari lagi…..nak minta dia hantar ke highway gurun kui 2 pagi bolehka?”

“awat tak boleh pulak……dia memang baguih…mana2 mak njang pi selaaaaaalu mak njang minta dia hantaq masa bila pun dia tolong….” And bla bla bla. Biasala jumpa orang tua, banyak citer dia, layan je….nanti2 aku dah tua takde pula orang nak layan..sian… last2 dia yang tipun pak mat teksi suh hantar kitorang. Bergayut plak dia. heheh….aissh…mak njang ni karang abih pulak credit dia, mula la nak ngabihkan duit beli topup ngan aku gak…:P

Malam ni ingat nak abihkan siri 5 translate sungkyukwan scandal…tuk adikku jugak yang tak paham omputih…apala budak tu masuk U saja. English pun tahap darjah 3. last2 lelap tak ingat dunia.laptop herbinate snirik jugak…..ada apa bunyi di bumbung pun aku tak ambik kesah. Ngantuk weh. Jangan kacau ketenteraman aku sudah. Au’zubillahhiminassyaitonirrajim.

Esok pagi mulakan dengan mengadap ke hadrat ilahi, mohon dipermudahkan perjalanan hari ini, esok dan selamanya.

Second…translate

Third….tipon syarikat cek

“cik…kalau masalah macam ni cik kena buat surat pengesahan sikit. Pihak kami nak kena tengok akaun betul ke blum diambil….ambik masa sikit…” apa2 jelah…janji duit tu akhirnya jatuh ke tangan aku.

Sejam dua jadi translater, tipun ku menyanyi “cik, perabut yang di order tu kami hantar hari ni, duit balance cik boleh bayar pada drebar lori….”

“hari ni?…..dah on the way? Kenapa tak tipun adik saya? Dia yang berurusan….” Kenapa tipon ari ni..bengang tul. Penyewa ku tu tak tau susah pulak nak masuk.

“kami telepon tapi tak dapat….”

“ha…ah”

Lepas letak je aku tipon dia. Memang tak dapat. Lupa pulak dia on the way dari melaka. Mesti ada jalan yang takde line. Aduih…..nasib baik nampak duit dia sorok dalam laci aku. Mesti duit nak bayar perabut tu….sekali aku telefon budak praktikal yang sewa umah ku. Hari tu dah janji aku nak masukkan perabut. Dia tak kesah kalau aku masuk umahku itu. Tapi, aku takut dia ada pasang mangga yang len pulak…..3 kali call tak angkat….aduihh. mesej pun tak jawab. Apa perabut dah jadi serabut kepala….kalu takleh masuk umah, semua lemari, katil nak letak mana? Penin….

Mak datang jenguk2 laptop “hari ni boleh kita pi knuri rumah ustaz soid, nanti apa pula kata dia anak murid (ngaji bab haji) tak mai rumah”

“hantaq mak bolehla…..aku ada nak tunggu lori perabut datang” tak pastila aku boleh masuk rumah tak…..

Last2 keserabutan ku terungkai, bila dapat mesej : sori kak, tadi masuk loji gas, tak boleh bawa hs. saya tak tambah apa2 mangga.

urmm….nak tarik nafas kelegaan bukan senang…..alhamdulillah

Lepas hantar bonda ke rumah knuri, aku lepak translate tunggu call. Dengar sakan ngat bunyi kat luar rumah, aku amek kayu je (lastik dah rosak), kejooo the kera n monyet sampai ke tengah hutan. Ni pasal dulu dengar bunyi heli di ruang udara, pastu heli menghilang kera2 ni pulak yang bertambah. Mak ku kata depa tangkap dari penang buang ke kawasan kami. Nak bunuh tak sampai ati. Yela tengok dari atas memangla macam hutan, kat bawah ni kampungla, kampong! Tempat tinggal dan tempat bercucuk tanam. Tanam tak leh makan. Buang masa betul bayar hasil pada kerajaan. Masuk ke rumah terus ada call. Aku ingat drebar lori tapi lain pulak

“cik, kami dari bank group nak tanya cik ada apa2 kaitan tak dengan bank ni?”

“takde”

“kami nak ambil masa cik sikit untuk buat soal selidik dalam 10 to 15 minit”

“maaflah saya banyak keje…..saya tengah drive ni.”

“oh..yeke..maaf ye cik” maaflah, walaupun bukan tengah drive tapi aku penat drive myself to chase the monkey. Termengah2 lagi nih.

Akhirnya…

Lepas habis tengok drebar lori pasang barang kat umah, dia tanya masa ambik perabut ni ada tak kedai offer bantal2 percuma? …..abihnya aku tipon adik tak dapat, aku tipon la kedai…..penin pulak drebar. Kenapa tipon kedai, tokey pun tak ingat, salesgirl pun tak ingat. Nanti tokey ingat drebar pulak yang offer bantal free. Tuan yang beli je ingat…..haha…sori la….ni adik aku punya pasal….bengong…duduk jauh beribu batu, alih2 aku yang urus….nak tunggu dia dapat line tak tau bila, nasib baik dapat gak akhirnya….asalnya nak beli dengan duit dari cek yang patut aku dapat tu, tapi nampak gayanya…duit tu macam meniti dibibir saja. Bayangnya belum kunjung jua. Bila ia akan berkunjung? Nantilah aku usahakan. Kata orang takkan lari gunung di kejar.....huhu

20101129

cuti lagi


haha....memang lucu betul masa aku belek kartun ni dalam paper panca indera baru2 ni.....
ade la tempias2 sket....
dulu2 tensen gak...tapi sekarang, ku dah belajar menerima sesuatu seadanya....sebab ada kata2 yang ku terbaca dan terus ku pegang: "tenang bukan pada tempat, tenang itu letaknya di hati, kalau hati tak tenang, tempat yang lapang pun jadi sempit"

instead, kalau tempat porak peranda cegini pun, tetapkanlah hati dan pendirian, zikir banyak2,....akhirnya..tenanglah kita....:P

20101113

PerihaL EMPAT

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
Para ahli waris akan menarik hartanya.
Ulat akan menarik tubuhnya.
Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
Memberi maaf pada waktu marah.
Suka memberi pada waktu susah.
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

20101104

kalau tak biasa


Satu pagi yang agak2 banyak masa........biasa2 kalau subuh kul 6.00am lebih2 campur tolak masa cari baju, tudung tuk g keje.........memang xsempat nak wat rutin yang lain....sekarang subuh awal, dalam 5.45am....lepas solat ada la masa tuk memasak ker, meng iron ke, make-up ke? heheh...mekap nih mls sket....teringat dlu dlm rncgn mcm2 aznil dia tanya bebudak : bila patut seorg wanita belajar mekap......budak tu jwb masa umo 30.....aznil kata : adik oiiii....umo 30 tu dah terlambatla.......tapi aku pk....klu x mekap pun xde masalah pun....abih2 pon xgebu sgtla...bulu mata xlentik sgt, tepi mata xhitam, xkoko, xbiru, pipi x kemerahan........
ada org nak cari keyakinan terpaksala mekap......suka ati la
skali aku tengok pen kat laci adik ku....teringin pulak nak letak celak...tonyohle...kat kening, xdela pulak lekat, tonyoh lagi, xde gak..pastu aku gosok ke tgn......laaa, yg aku gosok tu bhgn eraser rupanyer

20101030

santai je

Mak citer pasal makcah hantar anak ke UUM

Dia tanya dah pegi UUM ke si P tu?
Mak cah jawab dah
Bila peginye
Migu lepas lg antor
Yeke.....xkasi tau kite pon
Ala masuk U je...nak kasi tau apa nye jawab makcah
Pastu PakMid sambut
”Aiii...nabi Yunus masuk U pun Tuhan kasi tau dalam Al-Quran”
?????

20101009

Kamus elektronik

"Wah ada kamus besta. Pandai ke guna kamus ni Nazri?" dia menganggukkan kepala dengan bangganya.
"Maklang pandai ke?" Amboih apa punya soalan la. sia-sia kuar U klu xpandai gajet2 camni.
"Bak sini maklang tengok...."aku pun membelek2. tengok radio pun ada. bagus betul mak depa nih. beli tuk anak2 supaya tak 'perak'...hahah
"Canggihla tapi kena guna banyak bateri ni. "
"Senang je guna. Taip je perkataan yang kita nak tau."
Nazri merujuk buku cerita englishnya.
"Ni perkataan Having ni cuba maklang cari"
"mmm...having", aku pun menaip. Tak keluar la pulak. Have adala.
"oo having tu maksudnya mempunyai" Si Nazri mengambil kamus
"eh mana perkataan tu kat sini"
"kalau nak taip kena guna kata dasar. perkataan yang ada imbuhan camtu mana ada. Having tu kata dasar dia 'have'." faham ke budak ni. Dia mencari lagi perkatan dalam buku latihan.
"Ni interested" Aku pun mengambil semula kamus itu dari tangannya dan menaip. Eh nanti dulu. Buat apa nak cari, aku pun tahu maksud dia.Haha.
Baik aku je yang jadi kamus bergerak dia.

20100823

menghayati FATIHAH

Sedang imam membaca fatihah.......hati merintih sayu....tiap bait ayat penuh makna. penuh pengharapan seorang hamba kepada khaliknya. apatah lagi dengn badai yang menghempas ....semakin hari semakin ganas....kemana lagi mahu merayu, siapa lagi yang dapat membantu.......

sesungguhnya segala ujian dan dugaan itu datangnya dari Allah, maka mohonlah penyembuhannya dari Allah jua........ameen

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
Ya Allah...betapa banyaknya nikmat dari mu yang kau curah...melimpah ruah melimpahi alam nan luas
“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”
Tuhan semesta alam....betapa kerdilnya diri yang sedang mengadapmu ..
“Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
segala apa yang ku nikmati semuanya hasil dari kemurahan dan kasih sayangMU..... telinga ini mendengar, mata ini melihat, udara ini ku sedut tanpa ada bayaran.....kesihatanku nikmat yang amat berharga ini.......bagaimana lagi aku tidak bersyukur?
“Yang menguasai hari pembalasan”
Penguasa tunggal pada hari Mashyar...........hari di mana setiap jiwa akan dihisab
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
Ku berdiri dengan hati yang gundah....benar2 mengharapkan magfirah dan pertolongan dariMu....di ketika ada hambaMu berkata..."kau sudah tiada harapan lagi di dunia ini".....namun ku sandarkan pengharapan ini hanya padaMU.....
“Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Jalan yang berliku ini penuh simpang siur........andai ku tersalah langkah........masih adakah ruang untuk ku bertaubat........bagaimana pula jika kematian menyusul sebelum taubat sempat diucap....dari itu Ya Tuhanku tunjukkanlah daku jalan yang penuh rahmat dan berkat agar kaki ini tidak tersilap melangkah
“(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”
Biar ku susuri jalan para anbiya' dan para syuhada'.....jalan orang2 yang tinggi kesabaran dan teguh dengan iman................dan
jauhkanlah daku dari jalan yang kau murkai

20100820

Kitten in my hand

Sebab nak cepat terpaksala angkut semua sekali gus….fedup tul dengan ibu kucing yang mengada2 nak tempat yang selesa……..abih anak2nya berak merata2..lepas angkut anak, nak angkut mak nyer pulak………kurung lagi senang. Xpayah dah dia nak angkut2 anaknyer merata2 lagik..

Soalannya: berapa ekor anak kucingkah dalam tangnku ini???




20100819

kisah meja 3 beradik




tersebut kisah

perjalanan jauh nun dari sabah........naik kargo sampai perak....





yang terakhir setakat ni landing di kedah


tapi sayang............... yang sulong sudah cacat @pon lebih tepat lagi............dicacatkan....huhu.....

DRIVE IN SLEEPY MOODDD

Jauhnya perjalanan…50km macam 500km. jalan yang berliku2 ni nampak macam lurus semacam. Genggaman tangan pada stereng tak terasa kerana yang paling terasa ialah betapa beratnya kelopak mata. Berat sungguh2. seberat batu bata bila diletak dikelopak mata....

Walau bagaimana bulat pun mata terbuka, dalam separa sedar, sekali terpejam.....alahai sempat hanyuut.sempat bermimpi sekali imbas...sempat merantau ke dunia lain....tp nasib baik genggaman tangan kiri fleming ni sungguh teguh memegang stereng menghasilkan roda yang masih berputar pada paksinya.

Adeeii....tambah pula bila terpaksa mengekskot keta 60-80km....adeiii....lagi berayun perasaan mengantuk...terbuai2 dengan hadlaju yang tak laju....”kelopak mata tinggal separuh” alamak makin rapat pulak....’wink’’wink’....blink2 sket kat orang luar, mulut ni mulala mengikut nasyid yang terpasang dengan volume out of service.....dejjay pulak suka tanya itu ini.....hahah...i tolong nyampuk jer. Adei....masih mood mengantuk...perjalanan masih jauh....higway belum sampai, selekoh tajam belum ketemu, sekarang masih di jalan sempit sebab projek pemasangan paip air bawah tanah yang berlangsung sepanjang jalan sudah menyemptkan lagi jalan ....tengok paip tu pun dh macam bantal....tu yang dikorek bertambun, pelajar sekolah rendah berbasikal sure makan jalan sampai ke tengah jalan raya.........adikkkkkk.....tolong ketepi sket atau aku yang terpaksa ke tengah........dah la ngantuk banyak pula cabarannya nak mengelak penunggang basikal, penunggang motor yang kadang2 membuat keputusan last minute..............ada ka patut brek dulu baru bagi signal........pak cikkk.....kasi la signal dulu.........yang brek duluan pehal...ade kucing melintas ka?..ada masalah nak mengenal pasti pedal minyak ngan pedal brek kerr....yang pasti aku ade masalah ni...mengantuk teramat sangat.....Ya Allah selamatkanlah hambamu yang mengantuk sangat ni dalam perjalnn mencari rezeki yang halall.......apa bleh buat, kalau tido tak cukup memang xleh wat pe2.....ngantukla owwhh....lagi 200km.....akhirnya sampai gak ke jalan highway...masa tuk memecut ni, kasi orang mengantuk pecut laju2.........supaya angin stress datang buat mengantuk hilang.............silap2 pecut boleh straight masuk tasik yang terbentang nan indah...ermm....nauzubillah....Nasib baik rakan2 pecut ramai kat highway....yess...rasa tercabar, mencabar, tekanan, aim, goal, tujuan & pertimbangan pun bercampur aduk.....menjadi kren yang mengangkat batu bata yang terlekat di kelopak mata..

20100805

IDIOMATIC EXPRESSIONS

· a cock-and-bull story
meaning: an absurd and unbelievable story
· at the eleventh hour
meaning: at the last moment
· ends of the earth
meaning: remote faraway places
· face the music
meaning: take punishment
· get into hot water
meaning: get into trouble
· in the nick of time
meaning: just before it is too late
· in the same boat
meaning: in the same unfortunate circumstance
· keep an eye on
meaning: to watch carefully; to look after
· let the cat out of the bag
meaning: tell what should be kept a secret
· make ends meet
meaning: manage financially
· on the dot
meaning: at the exact time or point

20100731

SUATU HARI BIASA MENJADI LUAR BIASA



Nasib baik spesies yang mencari tikus jek...
klu x, mmg dah kena ngap ku punya tangan

20100720

TAZKIRAH 3

Tajuk 3 : MEMBERI SALAM

· Hukum memberi salam adalah sunat. Hukum menjawab salam adalah wajib
· Salam bukan sahaja satu ucapan tetapi ia juga merupakan harapan atau simpati antara dua pihak
· Sabda Rasulullah :” bersalam-salamlah kamu supaya hilang rasa hasad dengki”
· Orang yang utama disisi Allah ialah orang yang memberi salam
· Orang yang tidak menjawab salam akan ditanggalkan oleh Allah roh kemuliaan
· Apabila orang memberi salam, iblis akan menangis
· Memberi salam hak makhluk, menjawab salam hak Allah
· Memberi salam akan memanjangkan usia
· Memberi salam kepada keluarga akan menambahkan kebajikan
· Hendaklah bersungguh-sungguh memberi salam. (bukan bermain-main dengan salam) Sekurang-kurangnya kita memberi salam kepada 10 orang muslim setiap hari.

TAZKIRAH 2

Tajuk 2 : Bergurau
Disampaikan oleh : Kak Zaleha Syed Ahmad


Bergurau merupakan salah satu darpd bentuk senda atau jenaka. Tujuan bergurau adalah untuk menghiburkan jiwa apabila kita mengalami kejemuan atau dirundung kesedihan. Bergurau berlebihan juga merupakan satu perkara yang bahaya dalam kehidupan kita sehari-hari. Bergurau ibarat garam. Biar sikit dan secukup rasa. Kalau terlebih ia boleh :
  1. mematikan fikiran seseorang
  2. mengganggu ketenteraman orang lain


Antara tempat&waktu yang tidak boleh bergurau
  1. Dalam majlis ilmu
  2. sewaktu azan
  3. sewaktu solat

FORUM HAL EHWAL ISLAM KAT CEMARA


7 april 2010


TAZKIRAH TAHUN 90-an

Time cuti biasalah bersihkan rumah. Buang, kemas, simpan, belek……..akhirnya aku terjumpa sebuah buku tazkirah yang disampaikan oleh kakak2 senior masa aku tinggal di asrama. Semua ada 27 tajuk yang disampaikan oleh kakak seniorku yang sekarang entah di mana berada. Jejak dengan FB pun dah tak dapat. Adala 2,3 orang yang dapat kujejaki tapi segan pulak nak add…. :P
Apa kata aku sampaikan pada kalian semua tazkirah itu mengikut urutan buku catatanku ini……….


Tajuk 1: sepuluh doa orang yang tidak diterima oleh Allah SWT


  1. Orang yang mengenal Allah tetapi tidak menunaikan tanggungjawab terhadapnya
  2. Orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan ajarannya
  3. Orang yang mengatakan syaitan itu musuhnya tetapi menjadi korbannya
  4. Orang yang mengaku umat Muhamad tetapi tidak mengamalkan sunnahnya
  5. Orang yang ingin menduduki syurga Allah tetapi tidak beramal dengan amalan2 yang membawanya ke syurga
  6. Orang yang berdoa minta dijauhkan dari api neraka tetapi masih melakukan kemungkaran dan amalan yang akan membawanya ke neraka
  7. Orang yang mengakui mati itu pasti tetapi tidak bersedia untuk menghadapinya malah seolah-olah ingin hidup kekal di dunia
  8. Orang yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi ia sendiri lupa akan keaiban dirinya sendiri
  9. Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah
  10. Orang yang mengkebumikan mayat saudaranya tetapi tidak langsung mengambil iktibar dari pekerjaannya itu

20100717

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

- Ketandusan ilmu yang menyebabkan iman rapuh dan mudah dirobohkan
- Pegangan agama yang longgar
- Tidak berminat dengan amal kebajikan
- Tiada perasaan malu
- Tidak gerun dengan azab dan ancaman ALLAH
- Kemungkaran menjadi pilihan hidup
- Sistem masyarakat yang pincang
- Anak-anak dianggap beban dan dibiarkan tanpa bimbingan yang sempurna