20101213

rahsia dapur

Hari ini berkebun. Masa tengah berkebun terasa lapar pulak. Adikku keluar dengan semangat waja nak mengadjust pokok2 bunganya. Semangat waja dan bertenanga sebab dah makan katanya. Sebut pasal makan! Aku belum makan. Tinggal sikit lagi roti canai atas meja. Hand made juga adanya. Tak kenyang dengan roti canai sebutir, aku ambik keputusan buat bubur nasi. Terjumpa pula dua biji kentang yang dah tumbuh. sebiji aku kerat dua. Lepas tu jemur bawah matahari pagi. Teringat pesanan kawan lama. Katanya kalau nak menanam kentang keringkan dulu bahagian yang dipotong. Untuk elak kentang yang ditanam menjadi buruk. Sebab dah banyak anak kentang tu, baik aku tanam sebiji. Lagi sebiji aku buang kulit. Separuh masuk dalam bubur nasi, separuh lagi bertepek ke muka. Masker, masker yang murah. Baik untuk kulit jugak nih. Sambil menanti bubur masak, I take my time. Baca buku kisah teladan siri 2. adikku masuk kepenatan selepas menyapu daun2 yang berjatuhan di laman dan selepas mencuri sebiji dua pasu yang baru aku clearkan untuk tanam kucai. Dia dah buat tanam kunyit dengan halia.

“apa maksud ni ~ protect yourself against insurance fraud?” Tanya dia sambil membelek buku maklumat insurans.

“lindungi diri anda dengan insurans” jawabku under control. Ye la kentang bertepek di muka.

“~fraud ni?”

“aku dah kata kan….nak belajar English bawa la kamus satu jalan sana sini” haha…sebenarnya aku tatau apa tu ~ fraud. Memang takleh berkomunikasi lebih dari 2,3 minit. Sebab dendam tadi masih membara. Dia nak buang semut dari senduk kayu dengan membakarnya ditepi dapur yang aku tengah guna. Aku suh cuci dengan air, dia terus tinggalkan dalam sinki. Nak buang segerombolan semut je, tapi dia tinggalkan senduk dalam sinki melekatla dengan minyak2 dari pinggan mangkuk lain nanti. Last2 bergaduh mesti dalam silibus.

“ala….tanya ko la….ko kan pandai….” Haha pandai pula memujuk rayu. Lepas curi pasu aku. lepas dia bakar pokok bunga merangkap pokok ulam aku tadi.

“ ye ..aku memang pandai….masak pun pandai…..aku ader masak bubur…agak2 kentang dah takde kat muka, ko tau la dah ke mana kentang ni pergi….”

No comments:

Post a Comment