20110325

pokok asam udang


Pertama kali ku dengar ada pokok bernama asam udang. Pagi 2, 3hari lepas aku tengah layan cerita di  tv, mak masuk ke rumah, baru lepas berkebun.
“ni... hg tau pucuk apa?” dia menunjuk pucuk ulam ditangan
“aa...pucuk apa? Mata itik?”
“Bukann..pucuk asam udang. Sedap ni...ada orang pangge pucuk kacam sebab rasa dia ada masam2 sikit”
“mana mak jumpa? Tak pernah tengok pun”
“dulu banyak ni....la orang dah tebas tebang mana ada lagi...ada satu aku jumpa kat pokok mottan mati, dekat dengan pokok putat daun merah tu..”
Yee..duduk menetap dalam hutan ni, ada je mende baru yg datang berjumpa denganku. Lagi 10 tahun aku jadi pakar botani la tempat rujukan org2 yg minat botani. Haha. Perasan je.
“pokok apa mak?............asam mati?” tanyaku sekali lagi cuba mengingat namanya. (terlupa nama dia sebab tengah berangan nak buka pusat rujukan botani)

20110323

hujan yang berterusan

sebab hujan yang berterusan, kacang panjangku sudah ditenggelami air....apa nak buat. sudah suratannya begitu


bunga durian berselerakan dibawa air

20110318

Ilmu kacang panjang

Sambil membawa lastik di tangan, aku menuju ke tengah medan pertanian bonda. Bonda tengah merumput dan membakar rumput2 tersebut untuk dibuat baja. ku perhatikan ruangan yang penuh dengan tanaman untuk mencari tempat berlabuh yang sesuai. ada. Selang 4 langkah dari bonda ada papan yang aku bawa masuk 2 hari lepas. papan tu kebetulan saja terpamer dipandangan semasa aku membawa benih2 kacang panjang yang baru bercambah dalam bekas semaian. terus aku ambil untuk menyokong bekas semaian yang agak melentur. papan tu ku tinggalkan saja di sana. ingatkan bonda dah jadikan bahan bakar, rupanya masih terlantar di situ. leguh berdiri, terus aku bersila di atas papan tersebut sambil mengadap ke arah pancang2 buluh tercacak bersilang. Merenung pokok2 kacang panjang yang baru berusia seminggu. Asap hasil dari pembakaran rumput menuju ke arahku...tapi tak apa, asap fresh bukan asap bahan kimia toksik pun. Asap penghalau nyamuk juga adanya.

“hari ke 22 baru pokok kacang panjang menjalar” tegur ibuku sambil merumput. Hehe...sebenarnya, tiap pagi dan petang aku asyik melawat pokok kacang panjang tu...aku tensen gak. Bila pokok ni nak meninggi, nak memanjat. Tiap hari dok mengkaji peratus tumbesarannya. Baru hari ni aku tahu, hari ke 22 baru dia mula melilit.

“biasanya hari ke20 baru orang buatkan pancang. Masa tu kalau tak buat pancang, pucuknya akan terbuai oleh angin” ibuku menyambung lagi

“abih bila dia nak berbuah?” aku ni excited dengan hasil aje.

“hari ke 45 baru boleh kutip hasil, hidup pun tak lama tak yah la buat pancang teguh2 sangat...paling lama pun 3 bulan. Kalau tak kutip buah dia, lagi cepat pokok tu mati”

Ya...macam tulah bonda. Aku tanya sepatah dua je, dia akan jawab panjang berjela. Ada lagi dia kait dengan pokok ubi keledek yang baru berisi, empat jenis pokok ubi kayu dalam taman pertaniannya. Semua maklumat dia berkaitan dengan angka...dua tiga kali jugak aku tanya semula pasal kacang panjang tu takut terlupa.

20110310

petua

Petang kemarin ikut mak menanam pokok pisang nangka. actually ubah pokok pisang dari pokok induk ke kawasan lain yang lebih lapang supaya lebih tersusun. banyak anak pokok pisang ni dalam 3 anak pokok, ada satu dah besar setinggi budak darjah 6....dia xlarat nak angkat sorang...

selain sebab nak buat penyusunan semula, anak pokok pisang tu terpaksa diubah sebab bahagian perdu akar induknya dah timbul atas tanah. bahagian perdu yang terdedah akan mudah dimakan ulat.
Masa nak tanam dia pesan...tanam anak pisang tu dalam2... masa nak tanam tu pon dia congak2 jarak antara satu sama lain pastu jarak antara pokok pisang dengan pokok durian nan sebatang..........berkira tul

bila tanam dalam2 pokok pun akan menjadi gemok, selamat dari ulat..........kalau pokok pisang yang kurus kering tu sahla ada ulat...kata bonda

lepas abih menanam dia pun kata : kalau pokok pisang tanam petang2, nanti pokoknya rendah, senang nak amek buah........kalau pokok salak pulak tanam petang, nanti buahnya banyak

20110306

bayar saman sebelum 10hb mac

aku pun tak tahu sangat pasal hal ni sampaila paksu man datang bertanyakan tentang lori kami. lori tu tak dapat disewakan sebab belum bayar roadtax dan tersangkut dengan saman pulak.
pasal bayar saman ni dah bertangguh sampai 2 bulan. yela masing2 pun banyak keje. tak sempat nak urus. ada sekali orang datang nak sewa bawa lembu. oo...yang ni cannot. abangku kata nanti rosak lori. bukan lori besar pun. muat2 12penumpangla kalau bawa orang. kemudian kemarin orang datang nak sewa bawa perabut. rentetan dari peristiwa tersebut hari ni paksu man datang suruh kami urus segera hal lori ni. dia kata kalau tak bayar sebelum 10 hb ni, nanti penama kena blacklist forever. lori tu akan tersadai selama2nya. sebenarnya dia tensen gak dok tolong pikir. ada lori tak boleh guna. ape la bebudak ni nak buat dengan lori ni. nak buat perhiasan ker...heheh.... sekarang ni dalam period pengampunan. saman pun jadi separuh. lepas ni period takde belas kasihan....adeh......sempat ke..
harap2 lepas selesai bolehla aku iklankan dalam blog, dalam mudah.com .............lori untuk disewa...lori untuk disewa

20110304

Finding the nemo 2

Tad: akhirnya....selepas 2 bulan....

Nemo : kita dah dapat tanah jajahan baru......hmm...luas betul kawasan kita sekarang ni kan Tad?

Tad : yelah......kita punya penduduk pun dah bertambah ramai......meriah betul

Naim : hai nemo......dah makan ke?

Nemo : alhamdulillah.....dah...tapi makanan yang tuan tanah kasi tadi macam rasa dedak ayam....

Naim : yeke? Takde pula aku rasa macam tu...ko ada sakit tekak kot..... (Naim berenang menjauhi dengan mata yang memandang nemo dengan ragu2....mungkin dia bimbang virus sakit tekak nemo akan menjangkitinya)
Tad : ah...biarla si Naim tu...dia tu yang ada penyakit...penyakit was-was...

Nemo : betulke aku sakit tekak? aku sorang je ke yang rasa dedak ayam??

Tad: aii...ko ni...hai Cik Tina! ( Tad menegur cik Tina yang baru melaluinya dengan mata kuyunya...)

Cik Tina : Hai Nemo....Apa awak buat di sini?

Tad: aiissssh...apa salahnya kami di sini...kalau kami tak berada di sini macam mana kami akan terjumpa Cik Tina (Tad tolong menjawab memandangkan Nemo agak keharubiruan kerana makanan yang di rasa seperti dedak ayam tadi)

Cik Tina: la....awak berdua ni. nak bersantai ni aje...semua orang sedang menuju ke pinggir kolam....

Tad : aaa......ada apa di sana...?

Cik Tina: ada sinar cahaya berwarna ungu....kami semua dapat tahu cahaya tu datang dari pinggir kolam.....jomlah ke sana



Maka...segerombolan ikan yang yang baru bangun tidur menuju ke pinggir kolam



Cik citi: Wah cantiknya....langit bertukar ungu hanya kerana jambak bunga yang sedang mekar nih...

(semua penduduk disitu begitu asyik menyaksikan keindahan bunga ungu yang langsung tidak pernah dilihat oleh mereka (tuan tanah pun tak pernah tengok bunga ungu ni--> cantik rupanya bunga pokok keladi bunting ni).......dan......tiba-tiba....langit ungu bertukar kelabu secara tiba2...............)

Suara : lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Tad : arrrggghhhh.......raksasa kelabu datang lagiiiiii!!!

20110303

misi menyelamatkan dunia

Maka alam pun bergegar dengan kemunculan sang wira bersama tombak sakti.



dan pertempuran antara mereka pun tercetus dengan sangat hebat. Cahaya bergemerlapan kelihatan setiap 2 minit hasil dari pertembungan aura YIN dan YANG yang terhasil dari dentuman tenaga dalaman kedua belah pihak.







 
“hiyarkkkkkkkkkkkkk” sang wira meng ‘fire’ dan si gergasi ganas menahan serangan dengan hanya sebelah tangan yang bersalut platinum dan keluli.

dengan sebelah tangan lagi mengumpan insan tidak berdosa dengan harapan sang wira menghentikan serangan keadilannya.