20110318

Ilmu kacang panjang

Sambil membawa lastik di tangan, aku menuju ke tengah medan pertanian bonda. Bonda tengah merumput dan membakar rumput2 tersebut untuk dibuat baja. ku perhatikan ruangan yang penuh dengan tanaman untuk mencari tempat berlabuh yang sesuai. ada. Selang 4 langkah dari bonda ada papan yang aku bawa masuk 2 hari lepas. papan tu kebetulan saja terpamer dipandangan semasa aku membawa benih2 kacang panjang yang baru bercambah dalam bekas semaian. terus aku ambil untuk menyokong bekas semaian yang agak melentur. papan tu ku tinggalkan saja di sana. ingatkan bonda dah jadikan bahan bakar, rupanya masih terlantar di situ. leguh berdiri, terus aku bersila di atas papan tersebut sambil mengadap ke arah pancang2 buluh tercacak bersilang. Merenung pokok2 kacang panjang yang baru berusia seminggu. Asap hasil dari pembakaran rumput menuju ke arahku...tapi tak apa, asap fresh bukan asap bahan kimia toksik pun. Asap penghalau nyamuk juga adanya.

“hari ke 22 baru pokok kacang panjang menjalar” tegur ibuku sambil merumput. Hehe...sebenarnya, tiap pagi dan petang aku asyik melawat pokok kacang panjang tu...aku tensen gak. Bila pokok ni nak meninggi, nak memanjat. Tiap hari dok mengkaji peratus tumbesarannya. Baru hari ni aku tahu, hari ke 22 baru dia mula melilit.

“biasanya hari ke20 baru orang buatkan pancang. Masa tu kalau tak buat pancang, pucuknya akan terbuai oleh angin” ibuku menyambung lagi

“abih bila dia nak berbuah?” aku ni excited dengan hasil aje.

“hari ke 45 baru boleh kutip hasil, hidup pun tak lama tak yah la buat pancang teguh2 sangat...paling lama pun 3 bulan. Kalau tak kutip buah dia, lagi cepat pokok tu mati”

Ya...macam tulah bonda. Aku tanya sepatah dua je, dia akan jawab panjang berjela. Ada lagi dia kait dengan pokok ubi keledek yang baru berisi, empat jenis pokok ubi kayu dalam taman pertaniannya. Semua maklumat dia berkaitan dengan angka...dua tiga kali jugak aku tanya semula pasal kacang panjang tu takut terlupa.

No comments:

Post a Comment