20110126

makkkk

mak yang pemurah. apa yang dia makan, semua dia boleh kongsi ngan kucing dia. asalkan kucing tu datang menyondol2 kaki dia mengiau2 mintak makanan tu mulala dia tabur keropok, kerepek ke lantai bagi kucing tu makan.

"mak....apasal tabur ke lantai? letak la atas surat khabar ke, palstik ke..." pesanku dengan nada geram sikit. yela. kalau kucing tak habis makan, nanti semut pulak yang datang.
"ala....kan kucing ni makan..bukan bersepah pun"

yalah memang tak bersepah kalau kucing tu makan semua. tapi kucing tu bukan vacum. kalau vacum, kompom tak tinggalkan lebihan walau sebutir makanan. aaa.....geramnya masa melintas center of living room tengok sekawanan semut berebut2 menarik butir2 makanan di lantai
Dan lagi, tadi aku baru tau dia ada bagi kucing tu minum anlene gold pulak.

20110124

sekeping hati di bawa berlari

Nuril mendengar dengan hati2 bunyi deruman kereta di luar rumah. Adakah suaminya sudah pulang. Dia menjengok melalui tingkap. Hmm…nasib baik. Bunyi itu datangnya dari kereta jiran. Dia menyambung semula kerja yang terbengkalai tadi. Sesekali air mata meniti perlahan di pipi. Lalu disapunya segera. Dia tak ingin menangis lagi, Cuma kadang2 air mata ini keluar tanpa sedar. Selepas menyiapkan baby yang baru dimandikan, dia menyangkut beg galas di belakang anak2 kembar lelakinya yang baru genap 4 tahun semalam.

“airahhh…..tolong umi angkat bakul bekas susu adik nih…” arah Nuril pada anak kedua yang sibuk menyusun kad2 ABC adik kembarnya. Si Airah yang sudah menjangkau 6 tahun masih berlengah malas bila mendengar arahan umi.

“cepatlah airah….” Dia mengendong aimin keluar rumah dengan menyandang beg. Tak lama kemudian kelihatan kereta masuk ke perkarangan rumah teres tersebut. Teksi berwarna merah. Teksi yang ditunggu2 oleh nuril akhirnya sudah sampai.

“cepatlah airah…..angkat bakul susu” pujuknya lagi dari luar rumah. “ bawa amin dan aizi tu keluar…”
“jom adik….kita naik kereta….” dia menarik tangan adik kembar dan adik2nya mengikut tanpa banyak bicara. Tangan kedua berisi sebiji lori kecil yang baru mereka dapat semalam dari kotak makanan yang umi belikan dari pasar. Wajah mereka tiada riak. Mengikut sambil memandang keluar, kearah umi yang sedang sibuk mencari payung dan dimasukkan ke dalam bonet teksi. Bimbang juga dia kerana sekarang musim hujan. Kalau hujan nanti susah pula hendak keluar dari teksi.

Pipi nuril basah lagi semasa dalam perjalanan. Air mata yang mengalir bukan kerana sedih, bukan kerana kecewa. Air mata ini mengalir kerana tekanan yang melanda. Tekanan yang memaksa nuril bertindak sendirian. Tekanan yang memerlukan nuril berfikir dan mencari penyelesaian sebaik mungkin. Tekanan yang menggerakkan segala kudrat dan akal agar segala yang berlaku dapat ditangani dan yang paling penting, anak2….perlu diberi perhatian terlebih dahulu berbanding dirinya. 2 tangan ini untuk mengawal dan memegang 10 tangan yang suci dan murni. Nuril menepuk perlahan aimin dalam dakapan. Janji 10 tahun lalu semasa mereka berjalan beriringan di zoo taiping, entah sudah pergi kemana. Puisi2 yang mereka karang berjela2 entah masihkah tersimpan atau sudah menjadi kertas yang telah dilipat menjadi bahan origami atau bahan bakar api untuk menyalakan dapur yang kehabisan gas pemetiknya.

Dia membuang pandangan melalui tingkap teksi. Anak kembarnya memang tak banyak bicara. Sudah mencecah 4 tahun tapi ayat belum tersusun. Tangan mereka bergayut di birai tingkap teksi. Melihat pemandangan yang menghijau dan paling penting kereta yang bertali arus menarik minat mereka.

“umi…lambat lagi ke nak sampai?” Tanya airah. dia sudah bosan duduk dalam teksi sudah hampir 2 jam. Tadi mereka terpaksa berhenti ditepi jalan kerana sikembar itu tiba2 hendak ‘sing’ kata mereka. Cepat2 nuril mintakan pemandu teksi mencari tempat yang ada tandas. Selepas naik 15 minit kemudian mereka meloya dan muntah pula. Nasib baik nuril sudah menyediakan plastic di dalam bakul. Sekarang aizi sedang tidur di pangkuan airah sebab pening kepala. Amin masih bertahan di tepi tingkap.
“sekejap saja lagi…..” jawabnya perlahan pada Airah.


20110123

cite bergambar




20110122

musim kemarau yang sejuk

sekarang musim kemarau kian menjengahkan diri...daun getah pun kian bnerguguran. sementara harga getah mahal, susu getah pun banyak lagi, baiklah org yang motong tu rajin2 g motong sebelum lateks makin kurang. makku kata, nanti lepas daun semua gugur, naik daun baru, masa tu lateks dah kurang.....masa tu lagila hrganya akan melambung....barangkalila...
aiii...harga getah naik, harga barang naik...harga barang berkadar terus dengan harga getah...bila harga getah turun, takde pulak harga barang turun...hmm...donia2....panas yang membahang hanya pada pandangan...tapi angin yang menyapa sejuk hingga ke tulang......betulke...ke aku nak demam nih....huhu...ceduk air nak amek air semayang pepegi2 buta macam amek air dari peti ais....sejukkkkk

20110117

chenta tidak semestinya bersatu

Jgn balik lg  Aku anda benda nak ckp
Ckp pe….aku nak balik dah…..dah la smua org dah balik……..
Dgrla dlu……….aku ni dtg kl nak cri isteri la……..
Llaaaa cr le…makwe ko kan byk…….
Dah jupe tp degil ssangt……..dia cuma nak ke suami org……..
Hei jai, klu ko tu semayang xtiggl, x merokok aku pun cairla dgn ko…..ni aku tpon tnya dah semayang ke, ko jwb blum, dah semayang ke, ko jwb blum, jalan jem tak sempat semayang, urgent nak g pos surat sampai tinggal semayang……..aku mmg xhingin la orang tak semayang cegitu…
ina, aku tau la….bg la aku ms, aku tgh berubh le ni…leps kwin lg la aku berubh jd bbaik btul2…tgk org yg ko minat tu pun bukan baik sgt pun dlu, lps kwin baru dia jd baik ko tau ……..
Ewahhh…..pndai le ko ngata org…
Ah sudahla klu ko degil sgt………..dammm (pintu pejbt dikunci dr luar)
Weii……..buka la, aku nak balik….apa ingat aku takut hantu, kurung aku sorg2 kat sni….lagi ko tak cakap ko nak kat aku, aku tak bukak pintu ni…..biar aku tak masuk pejabat pun takpe………weiii….ko dah gile ke ape jai oii…..aku nak balik le….apa keje ko kurung aku kat sini….aku belum kawin ngan ko, ko dah kurung aku, nanti aku kawin dengan ko lagi la……ntah ape lagi ko nak  buat…….
Apa? ko kawin ngan aku?….jadi ko setujula kawin ngan aku kan?kan?kan?............bila pulak aku kata aku nak kawin ngan ko yang semayang pun selalu tinggal…
Dum dam dum dam( pintu diketuk bertalu2)……weiii….ko buang tebiat ke aperr. Buka le wei

….apasal ni?..............eh boss belum balik ke? Saya pergi semayang dulu kat atas baru nak balik….jai apasal tak balik lagi? Eh bukan awak baru balik dari antar surat ke tadi? Apasal tak masuk pejabat pulak?......hahaha…ntah ina ni…saya nak masuk dia g kunci pulak…cepat2 jai g buka pintu pejabat tanpa bos sedar pintu dikunci dari luar bukan dari dalam………kurang asam punya jai(dalam hati)….aa…ina, kamu buat apa tercegat di depan pintu ni?.....hehe…ina hanya tersenyum kambing. Tapi senyuman tu bertukar ganaz bila ternampak wajah jai yang serius pura2 tak peduli dengan apa yang berlaku tadi……saya nak balik le ni boss…ah..ina jangan lupa pulak malam ni……ye ..saya tak lupa…boss tunggu je kat depan umah boss…..bulat mata jai mendengarnya…..diner malam ni? boss ikut ina? ……….boss memandang jai…ye
Kebetulan ina lalu depan rumah saya, baik saya ikut dia jer…lagipun malam ni org rumah guna keta, keta satu lagi adik saya pinjam…..kenapa?
Eh takde……..saya pun ikut ina juga…….ina! jangan lupa malam ni tunggu aku datang dulu baru bertolak…………aaaaaa…..ina ternganga. Tapi nasib baik cepat ditutup semula mulutnya….brengset punya jai.

Ina tengah sembang ngan bos baik punya citer……siap berlandskap kan kolam berbunga teratai kat belakang. Bukan apa, kerusi meja semua dah penuh terpaksala ina cari tempat duduk tepi kolam………..la…apsal ina duduk sini? Sana dah penuhla boss….sini pun ok apa…tenang boleh tengok ikan….hahaha…yala tu agak2 tak cukup air jus tu boleh  teguk air kolam terus….hahah..tersedak ina ketawa. Biasale depan boss mmg dia takde control2 ayu punya le. boss macam abang je. jai dari jauh memandang penuh cemburu. Tetiba hanset ina berbunyi. Ada mesej masuk. Dia tinggalkan beg berisi hanset tu di meja makan tadi. Masa g amek pencuci mulut, sekali ngan beg dia tinggalkan di meja makan. Lepas amek makanan, tempat duduk orang amek la pulak….ala kawan2 dia singgah jupe kawan lain nak borak jap pasal parti tuppaware.
ina……ada mesej nihhhh….jai jerit dari jauh
ina bergegas mencari hanset mana tau k ti dah mesej nak bagitau result g Bali minggu depan. Kelam kabut dia buka mesej. Sekali buka mesej  rupanya msj dr jai……..ceh.. “apasal sembang berdua jauh sgt…..nak kna tangkap basah ker??”geram tul ina membacanya. Penat dia berlarian dari bawah pokok dari tepi kolam. Siap koner baring mengelak 2,3 budak yang main kejar2 keliling meja parent dier. Langsung dia tak membalas, dia pergi smbung kembali borak2 dgn bos….hahah….jai, ko nak pandang nak buat kesimpulan, nak meneka dalam kesamaran…suka ati ko la.

20110109

mat rempit

"mak lang...jomla naik motor.."

"la...nak naik, naik jela.....apa masalah?"

"bukan naik je...mak lang tolong la ajaq camana nak bawa...orang nak ronda2"

"tak boleh....kaki hang pendek tak sampai lagi"

"dah sampaila...tengok, tengok,....."

"eh ...yalah....panjangnya kaki ag....baru darjah 4 dah panjang tu.....ni mesti rajin minum kalsiyum....haha
tapi..motor tu mana ada minyak...sayang oii"


"boleh beli....ni.....orang ada banyak duit....tadi abah bagi"

20110105

Andai ditakdirkan tiada jodoh kita ~ 3


Permata jatuh di dalam rumput
Jatuh di rumput gilang gemilang
Kasih umpama embun di rumput
Datang matahari nescaya hilang


Mas mendail nombor telefon yang ditunjukkan oleh kak aina. Tut…..tut…….
“hello…assalamualaikum” mas memulakan bicara. Dengan suara tenang. Hati di dalam siapa yang tahu.
“hello…..waalaikummussalam…aina….!”
“tak…ini bukan aina….ini kakak dia” baru sampai tahap ni, telekung terpaksa di buka sebab ada keringat yang sudah menitis keluar di dahi….tekanan kian mendatang. degup jantung pun semakin laju.
“owh..kakak…..apa khabar?” suaranya tenang dan bercampur gembira barangkali dapat bercakap dengan salah seorang famili dari sebelah kekasih hatinya.
“macam nilah….akak nak straight to de point je……aina sekarang ni kat kampong…agak sibuk sikit….handset dia akak yang pegang” suara Mas tegas. bercakap tanpa bersua muka memberi sedikit kelebihan untuk mas berlakon.
“owh ye ke?...patutla dia tak jawab mesej” nada suaranya dah makin menurun. agak kecewa. Adakah dia sudah dapat meneka apa yang bakal didengar?
“famili kami tak setuju Is berkawan dengan dia…..sebab kami dah ada pilihan untuk dia di sini” betul2 straight to the point. hingga Mas merasakan Is sudah meletakkan telefon kerana Is terdiam agak lama.
“kenapa pula kakak dan famili yang nak tentukan hidup dia?” dia menjawap dalam ragu2 “kami dah lama berkawan….sekarang saya fikir baik akak bagi saya bercakap sendiri dengan dia.. biar dia yang tentukan dia nak pilih siapa..”
“dia tak ada….dia di hospital jaga ibu…..kami bukan nak halang….tapi keluarga dan abang2 tak mengizinkan…lagipun jauh sangat.”
“kenapa pula jauh nak dijadikan alasan….saya memang dah berjanji setia dengan dia…”
“awak tahu tak dia menangis bengkak mata sebab awak….semua orang dah marahkan dia…..kalau dia berdegil juga abang akan pergi ke pejabat tempat dia bekerja, buat rayuan supaya dipindahkan dengan alasan ibu sakit dan dia dah cukup tempoh perkhidmatan…kalau tak dapat pindah, kami memang buat surat resign untuk dia….biar dia kerja dengan abang sendiri…….awak suka kalau dia menangis lagi dan terus menangis…”
“apa yang akak cuba katakan?……bagi saya cakap dengan dia kak!”
“akak nak awak putuskan hubungan ni……beritahu dia awak tak dapat terima percintaan jarak jauh ini….hantar saja mesej awak nak putus…..kalau awak sayangkan dia”
“akak….saya takkan…..saya sayangkan dia”
“kalau awak nak aina menderita…….cakaplah awak sayangkan dia…biar dia tunggu awak yang tak kunjung tiba……biar dia terus menderita dengan tekanan dari famili…
“kenapa akak nak paksa saya?....bagi saya cakap dengan dia”
“tolonglah Is….kami dah ada pilihan untuk dia…..ibu pun dah setuju…..Cuma tinggal dia……akak risau kalau ibu tahu hal ni, penyakit jantung dia akan lebih parah…”
“akak…tolonglah saya….kalau saya buat macam ni….aina akan lebih parah”
“kalau awak putuskan….sekurang2nya aina akan parah sebulan dua……berbanding kalau dia teruskan niat dia dan putuskan hubungan dengan semua keluarga dia…..”
“saya takkan buat macam tu……saya...”
“baiklah…..kalau macam tu, biar akak yang buat keputusan untuk korang…..korang berdua secara rasminya akak putuskan……janganlah berhubung lagi dengan dia…handset ni minta maaflah…akak yang pegang….ini pun untuk kepentingan dia…kalau cuba email…minta maaflah, akak dengar dia tu buta IT, masa beremail pun ada kawan kat sebelah yang tolong…”
“akak….bagi saya cakap dengan dia!!”
Tut…………Mas memutuskan talian kerana itulah skrip terakhir yang tertulis. Kedua2nya terduduk di katil dengan wajah yang agak stress. “ko kata akak buta IT ye mas?” .hehe….mas hanya ketawa. Betullah tu, orang yang faham kak aina Cuma Mas.
“tut…tut………” hand set berdering lagi.
“kak aina…dia telefon lagi..”
“biarlah…..lepas ni akak tukar nombor lagi.”
“asyik tukar nombor….ni yang dah ke berapa dah..”
“apa boleh buat Mas. Ingatkan ada jodoh….dah doa minta ditetapkan hati…tapi hati ni masih berbolak balik….terpaksalah tukar nombor lagi…..supaya hati menjadi tetap ….pada yang seorang lagi”
“ha..”mas cuma mengerling. “siapa lagi..?”
“doktor. yang ni dekat sikit, tinggal di KL……”
“huh..kak aina!”


Nota kaki : hidup ini sukar dijangka.



Tak lama kemudian…


20110103

my feeling go through the cloud

sinar yang mencelah di balik awan
bagai mencari
andai ada ruang
untuknya
sama menatap bumi tuhan

tapi....
sinar keikhlasan itu
bagai dipersenda

tertutup oleh mendung yang menebal


"kak....ko dah takde keje ke...?"
"takde...jadi...tolong slowkan kereta, aku nak amek gambo"










ikhlas seputih awan

biar awan itu menjadi
cermin keihlasan
biar
walau yang tahu hanya langit
yang tidak bertiang
biar
walau yang tahu ikhlasmu hanya burung yang berterbangan

20110102

Air yang pahit...


“Kak! Kenapa 2,3 menjak ni ko suka air teh?” adikku bertanya lepas aku suruh dia bancuhkan air teh untukku sebab aku tengah sibuk menggoreng breakfast.
“kenapa? Kalo aku suka teh ada aku nyusahkan ko kerr?” biasala kalau soalan dijawab ngan soklan gak. Aku kan kakak. Suka hati aku nak jawab camana. Jawapan atau soalan semua pun milik aku. tapi aku bukan kejam sangat. aku akan jawab...tapi ikut skema jawapanku sendirila.
“aku suka kejernihannya, pure, nampak suci murni, ikhlas….walaupun mungkin ada pewarna tambahan …”“ekleh..” walaupun dapat jawapan yang ntah hapa2, dia bancuh gak untukku. sambil dia makan currypuf sambil menghirup minuman panas 3 in 1 kopi radix. Aku suka gak kopi radix tu, pastu suka milo pastu beralih ke koko radix pastu aku dah bosan. Minum air skyjuice je. Pastu taktau dah nak minum apa.



“actually…..aku ada kenangan pahit dengan air yang bukan teh tu….” aku jelaskan lebih lanjut masa aku duduk kat meja makan dengan tangan dah mengambil kuih sebiji. adikku beralih tengok aku. dengan muka takdela tertanya2 sangat, dengan muka yang macam dah tau aku nak cakap apa.
“kenangan la pulak…..pahit pulak tu…mesti bancuh kopi tak masukkan gula”
“tak….” Aku tengok dia terus menghirup air favourite dia.. “sebenarnya suatu hari dulu aku minum air camtu rupa bentuk….aku terjumpa semut di dasar mug bila dah abih minum.….” Pastu dia berenti minum. Aku tengok dia menggoyang2 mug seolah2 macam nak bagi air dalam mug berpusing2 supaya cepat sejuk. Merenung tajam dalam mug. Mesti nak pastikan kewujudan semut agaknya. nampak muka macam risau semacam je. takut terminum semut la tu. hahah. Aku pun sambung lagi supaya kerisauannya bertambah.
“baguslah semut…buatnya cicak.. aku terpikir2 gak apa perasaan yek…minum air warna gelap gitu dengan bahagianya tiba2 …………………………..di dasar mug ada cicak mati..?”