Nuril mendengar dengan hati2 bunyi deruman kereta di luar rumah. Adakah suaminya sudah pulang. Dia menjengok melalui tingkap. Hmm…nasib baik. Bunyi itu datangnya dari kereta jiran. Dia menyambung semula kerja yang terbengkalai tadi. Sesekali air mata meniti perlahan di pipi. Lalu disapunya segera. Dia tak ingin menangis lagi, Cuma kadang2 air mata ini keluar tanpa sedar. Selepas menyiapkan baby yang baru dimandikan, dia menyangkut beg galas di belakang anak2 kembar lelakinya yang baru genap 4 tahun semalam.
“airahhh…..tolong umi angkat bakul bekas susu adik nih…” arah Nuril pada anak kedua yang sibuk menyusun kad2 ABC adik kembarnya. Si Airah yang sudah menjangkau 6 tahun masih berlengah malas bila mendengar arahan umi.
“cepatlah airah….” Dia mengendong aimin keluar rumah dengan menyandang beg. Tak lama kemudian kelihatan kereta masuk ke perkarangan rumah teres tersebut. Teksi berwarna merah. Teksi yang ditunggu2 oleh nuril akhirnya sudah sampai.
“cepatlah airah…..angkat bakul susu” pujuknya lagi dari luar rumah. “ bawa amin dan aizi tu keluar…”
“jom adik….kita naik kereta….” dia menarik tangan adik kembar dan adik2nya mengikut tanpa banyak bicara. Tangan kedua berisi sebiji lori kecil yang baru mereka dapat semalam dari kotak makanan yang umi belikan dari pasar. Wajah mereka tiada riak. Mengikut sambil memandang keluar, kearah umi yang sedang sibuk mencari payung dan dimasukkan ke dalam bonet teksi. Bimbang juga dia kerana sekarang musim hujan. Kalau hujan nanti susah pula hendak keluar dari teksi.
Pipi nuril basah lagi semasa dalam perjalanan. Air mata yang mengalir bukan kerana sedih, bukan kerana kecewa. Air mata ini mengalir kerana tekanan yang melanda. Tekanan yang memaksa nuril bertindak sendirian. Tekanan yang memerlukan nuril berfikir dan mencari penyelesaian sebaik mungkin. Tekanan yang menggerakkan segala kudrat dan akal agar segala yang berlaku dapat ditangani dan yang paling penting, anak2….perlu diberi perhatian terlebih dahulu berbanding dirinya. 2 tangan ini untuk mengawal dan memegang 10 tangan yang suci dan murni. Nuril menepuk perlahan aimin dalam dakapan. Janji 10 tahun lalu semasa mereka berjalan beriringan di zoo taiping, entah sudah pergi kemana. Puisi2 yang mereka karang berjela2 entah masihkah tersimpan atau sudah menjadi kertas yang telah dilipat menjadi bahan origami atau bahan bakar api untuk menyalakan dapur yang kehabisan gas pemetiknya.
Dia membuang pandangan melalui tingkap teksi. Anak kembarnya memang tak banyak bicara. Sudah mencecah 4 tahun tapi ayat belum tersusun. Tangan mereka bergayut di birai tingkap teksi. Melihat pemandangan yang menghijau dan paling penting kereta yang bertali arus menarik minat mereka.
“umi…lambat lagi ke nak sampai?” Tanya airah. dia sudah bosan duduk dalam teksi sudah hampir 2 jam. Tadi mereka terpaksa berhenti ditepi jalan kerana sikembar itu tiba2 hendak ‘sing’ kata mereka. Cepat2 nuril mintakan pemandu teksi mencari tempat yang ada tandas. Selepas naik 15 minit kemudian mereka meloya dan muntah pula. Nasib baik nuril sudah menyediakan plastic di dalam bakul. Sekarang aizi sedang tidur di pangkuan airah sebab pening kepala. Amin masih bertahan di tepi tingkap.
“sekejap saja lagi…..” jawabnya perlahan pada Airah.
No comments:
Post a Comment