20110406

ziarah orang yang sakit

Aku sebenarnya bukan tak tahu tapi dah terlupa tentang pahala yang sangat besar apabila kita  menziarahi orang sedang sakit. Itupun selepas ku dengar ceramah oleh ustaz kazim elias yang bertajuk ‘tipu daya dunia’..pahalanya sangat besar sampaikan siapa yang yang menziarahi orang yang sakit seolah-olah dia menziarahi Allah SWT. Sebab orang yang sakit perlu banyak bersabar. Bukan sedikit kesabaran yang perlu ada pada seorang pesakit dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. Sebab itulah diibaratkan apabila menziarahi orang sakit seolah-olah kita menziarahi Allah.
Dan ada pula petua supaya kita mendapat pahala tersebut. Iaitu adalah lebih baik jika kita tidak makan dan minum di rumahnya. Teringat pula aku masa menziarahi pklang husin 3 minggu lepas. Seksa betul melihat insan yang menderita sakit sehingga kita terasa betul kesakitan tu. Sebenarnya aku teringat masa mak lang hidangkan air kopi.. Cuma sebab aku tak suka air kopi, jadi aku tak minum air yang dia buat. Aku tengah terpikir hal tu masa mendengar ceramah ustaz Kazim semalam.