20101221

Andai ditakdirkan tiada jodoh kita ~ 2

Seperti yang dirancang. Kak aina dan mas sedang merilekskan diri. Mas Sekejap ke ruang tamu, sekejap menjengok ke luar tingkap…mencari ketenangan. Yalah. Pelakon utama, segala tumpuan akan diberikan padanya. Timbul tenggelam semua bergantung kepadanya. Tarik nafas, hembus, tarik nafas…hembus. Mas dengan bertelekung baru lepas solat maghrib nak menunggu solat isyak. Nasib baik sini kawasan sejuk. Kalau tak, dah lama berjuraian keringat kerana tekanan. Untung housemate yang lain balik kampong. Kalau tak pasti mereka tertanya2 apasal dua2 orang ni keluar masuk keluar masuk.

“ok…dah?” mas yang terasa tekanannya bertanya “mana skripnya akak?”
“nah….” Skrip tu di teliti oleh mas. Secara keseluruhan oklah….kisah kak aina kena pulang ke kampong kerana ibunya sakit- memang ibunya sakit ada masuk hospital tapi baru je berlalu. Dia terpaksa menjaga ibu di hospital dan handsetnya tertinggal di rumah. Sebab tu beberapa call dan mesej tidak berjawab. Kerana mesej dan call itu menyebabkan kakaknya dapat tahu dia berkawan dengan orang jauh beribu batu. Famili dia dah marahkan dia siap dengan warning. Ibunya pula ada masalah jantung dan selalu mengharapkan kepulangannya kepangkuan keluarga. Maka….hari ini kakaknya yang palsu iaitu mas akan berbual dengan teman lelakinya. Ini tentang bagaimana hendak menyedarkan teman lelakinya dengan apa yang dikatakan sebagai ‘TAKDIR’. Jangan salahkan orang lain jika takdir tidak menyebelahi anda. Bila anda mahukan ia terjadi tanpa memikirkan perasaan orang lain, bagaimana mungkin ia akan terjadi hanya dengan mengikut kehendak anda sahaja.
Dalam dunia ini ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bukan hanya perasaan sendiri. Kata orang ‘ikut hati mati, ikut kata binasa’.

No comments:

Post a Comment