Kupu2 terbang melintang
Terbang dilaut dihujung karang
Hati di dalam menaruh bimbang
Dari dahulu sampai sekarang
Hari ini hari minggu. Kalau tak ke mana2 semua orang yang rajin akan menyusun semula tempat tinggal mereka yang selama seminggu mereka abaikan. Sedang mengemas almari kain sambil membuat pengelasan mana yang masih elok mana yang perlu direpair. Terdengar ketukan di pintu dua tiga kali, Kak aina masuk tergesa-gesa ke bilik mas. Dia agak keserabutan.
“apasal kak?” kak aina menyembam muka ke tilam. Kemudian mendongak kepala memandang mas.
“tolong akak mas…” mas senyap sebentar. Nampak macam parah betul.
“tolong apa?”
“akak tak dapat teruskan hubungan dengan dia……” suaranya sedih juga. Mas berfikir2 sebentar. Cuba mengingat dia yang mana satu. Dia yang itu atau yang ini. Tapi seingat mas dia yang dimaksudkan oleh kak aina….sebab kak aina bukanlah play girl. Dia bukan orang yang akan berkawan dengan ramai orang. Biasa satu satu sahaja. Lepas putus satu, timbul lagi satu. Dulu putus pun dia yang putuskan itu pun selepas dia lakukan solat istikharah sampai 7 kali. Kali ke tujuh dia mimpi ada harimau mengaum katanya. Buat dia ketakutan…jadi yang itu sudah diputuskan. Jadi yang ini mesti dia yang berada di Sarawak tu. Yang dia jumpa melalui cupid chat guna hand set. Lepas berbalas email dan bertukar gambar. Diorang bertemu di Bandar KK….sekarang apa dah jadi?
“akak rasa macam tak dapat nak teruskan….akak dah slow talk dengan dia….tanya dia…macam mana kalau kita ni sebenarnya ditakdirkan tak ada jodoh….”
“habis…apa dia kata” sebenarnya hati kak aina dah berbelah bagi. Antara famili dan pilihan sendiri.
“dia tak boleh terima takdir macam tu….dia kata kalau dua2 dah suka….semua line clear, macam mana pula boleh kata takde jodoh….melainkan kalau salah seorang yang curang….dan dia takkan curang…”
“wow….kalau tak jadi, dia nak kata akak la yang curang?” ini kes orang yang tak nak fikir panjang dan tak boleh terima takdir. “jadi…apa yang boleh dibuat? Akak pun satu hal, hari tu bukan main la melayan dia…..sekarang dah berpijak dibumi nyata….mulala pening kepala…..”
“apa yang boleh dibuat mas?”
“hari tu kata dah nak masuk meminang?” mas masih hairan. Apa dah jadi. Tapi otak ligat juga berfikir. Yelah….bertugas di pedalaman sabah, berjumpa di Bandar KK, teman lelaki pula dari Sarawak . Kerja tetap dan tinggal bersama ibunya. Tempat asal kak aina pula di Johor bharu. Dahla anak bongsu kesayangan keluarga. Dah beberapa kali familinya suruh pindah dan pulang ke kampong halaman. Nampak macam peribahasa ‘asam di darat, ikan dilaut..dalam periuk pasti bertemu’ akan menjadi….tapi mungkin dengan susah payah dan pengorbanan yang bukan sedikit. Tapi Mas sudah lama memerhati hal ini…kadang-kadang terfikir. Hubungan terapung begini akan sampai ke mana?
No comments:
Post a Comment