20110210

hasil karya yang mahal

ni semua hasil dari pengaruh digimon, naruto, ninja boy dan yang senagkatan dengannya. maka banyaklah karya yang terhasil di waktu2 sekarang ni agak ganas dan melampaui tahap kerealitian hidup.

biasala budak2 sekolah rendah hidup dengan imaginasi yang menjadi2. yang pasti karya ni kalau aku jual, mahal gak yek....ada yang nak beli ke.

 bila aku tengok karya dorang ni teringat pulak perwarisan genetik. kalau bakat melukis ada pertalian dengan perwarisan genetik ke?
dahsyat lakaran perang dorang sama dahsyat dengan dorang sendiri gak masa berperang, bergaduh berebut atau hal apa2 mende kat umah

sekali check tengok karya maksu dorang pulak. memang spesies yang suka menulis, menulis, menulis. tak boleh ada pen dakwat cair especilly jenis careera.....pen yang best menulis mulala dia mengKHAT

check lagi karya maklangnye.....ni bukan karya asli dari imaginasi. Ini hasil peniruan gambar yang kecil2, dibesar dan digabungkan untuk anak buahnya mewarna. jimat belanja beli colouring book.

dan karya yang dah lama tergantung di sudut rumah....dah lebih dari 20 tahun.

karya abah dorang

20110208

20110207

Hujan renyai2 mengiringi perjalanan nadia

Dia dalam perjalanan pulang dari rumah ibu saudaranya menghadiri kenduri kahwin sepupunya. dia mengerling jam digital di kereta. sekarang sudah agak lewat petang. Hampir 6.30. . Tapi keadaan di luar agak gelap dengan suasana hujan renyai2. kalau tidak melihat jam mungkin orang akan membuat kesimpulan bahawa sekarang sudah pukul 7.30. dia memandu dengan hati2. kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit menambahkan lagi gelapnya suasana. Mata pula makin kuyu sebab mengantuk dan Adiknya di sebelah hanya  boleh menjadi rakan berbual tapi langsung tak boleh diharapkan untuk meggantikan dia memandu. Walaupun sudah 2 tahun mempunyai lesen kereta tapi dia langsung tidak mahu cuba membawa kereta. Katanya dia akan cuba dengan kereta sendiri. Entah bila pula dia akan beli. Nadia malas ambil tahu lagi.

” hujan macam ni kena hati2 kak...tengok kat depan tu ada lopak....belok sikit...” dengan mengambil keputusan mengelak, nadia memusing stereng. Tiba2 ada FWD dari belakang yang memotong menyebabkan nadia ke kiri semula dan memang seperti dijangka jika tidak mengelak memang keretanya masuk lopak air tersebut. oleh kerana hasrat untuk mengelak tidak kesampaian maka diredah saja lopak tersebut. Kemudian ada bunyi lain yang kedengaran dan kenderaannya menjadi agak berat. Nadia memperlahankan kereta.
”apa yang meletup tadi...?”.tanya nazryah. Dia tertanya2 sambil memandang cermin sisi kereta
” alamak....tayar dah pancit”
”aaa....” nadia baru sedar...pasti lopak tadi bukan sekadar lopak. pasti lubang yang dalam atau mungkin ada apa2 pada lopak tersebut yang tidak kelihatan kerana digenangi air. Ah...susah betul kalau waktu hujan. air bertakung di sangka cetek. Dia memberhentikan kereta dan mencari handset di dalam beg tangan. kalau ada masalah begini lebih baik telefon ayah sahaja...alamak...rupanya dia memang tidak membawa hanset sejak dari mula. Dia mengalihkan pandangan kepada adiknya
”cuba kau telefon ayah.....beritahu masalah kita sekarang...” nazyah mengeluarkan hanset kemudian mula mendail dan kemudiannya terputus. Talian di kawasan tersebut tidak berapa bagus agaknya. Kemudian dia melihat hanset di tangannya.
” Ya rabbi....aku dah lupa la kak....semalam tarikh akhir untuk panggilan keluar...lupa pulak nak topup” nadia mendengarnya dengan nada kecewa. Dia memandang sekitar kawasan tersebut.
”kita berhenti di sini sajalah. Kat depan ada sebuah rumah. Nanti kau pergi sana mintak tolong ya?” usul nadia pada adiknya.
”kakiku kan sakit ni. Aku baru saja pulang dari kerja tadi, kau ajak aku ke rumah Mak Teh. Aku dah penat ke sana sini masa kenduri tadi.......Kau saja lah yang pergi....”
”jadi kau mahu tunggu dalam kereta?” tanya nadia dengan wajah yang menyeramkan. tapi sebenarnya geram mendengar macam2 alasan dari adiknya. sudahlah tidak memandu, tidak mahu keluar untuk mintak tolong.  Dia mengerling ke kanan dan ke kiri jalan kemudian matanya di kecilkan terus dilirikkan lagi ke wajah adiknya. ”kau mahu tunggu di sini seorang diri?”
Nazryah mencebik bibir ”aii...kau pergi sajalah...aku nampak juga kau dari sini..kau pun nampak aku dalam kereta ni...”

20110204

finding the nemo

nemo : eh awak perasan tak....air dalam balang kita ni makin hari makin surut...hari ni kurang lagi 2 cm...
Tad : yeke? Ntah...tak perasan pulak aku
Bob: eh....bila pulak kita berada di tengah2 pusat graviti bumi? ( bob merayau sekitar kawasan terumbu karang)

Tad : ko tidur ke tadi bob.....tuan tanah yang angkat tadi....sekarang kan masa untuk mandiiiiii.....bermandikan cahaya matahariiiiiiiiiii....(ekor berkilatnya terkodek2)
Kid : huarggggh....(kid menguap panjang sambil menghampiri kekawannya)..ye...bob tidur mati tadi....dia berdengkur kuat sangat..saya tak dapat tidur pun
Nemo:.aarrrrghhhhhh...dia datang lagi....raksasa yang menyebabkan air di habitat kita berkurangan.......lari.........lariiiii...selamatkan diri......bair dia dapat air sudahlah......jangan sampai dia dapat kita pula...
(sini-sumber air minuman kucing ni)

20110201