20110105

Andai ditakdirkan tiada jodoh kita ~ 3


Permata jatuh di dalam rumput
Jatuh di rumput gilang gemilang
Kasih umpama embun di rumput
Datang matahari nescaya hilang


Mas mendail nombor telefon yang ditunjukkan oleh kak aina. Tut…..tut…….
“hello…assalamualaikum” mas memulakan bicara. Dengan suara tenang. Hati di dalam siapa yang tahu.
“hello…..waalaikummussalam…aina….!”
“tak…ini bukan aina….ini kakak dia” baru sampai tahap ni, telekung terpaksa di buka sebab ada keringat yang sudah menitis keluar di dahi….tekanan kian mendatang. degup jantung pun semakin laju.
“owh..kakak…..apa khabar?” suaranya tenang dan bercampur gembira barangkali dapat bercakap dengan salah seorang famili dari sebelah kekasih hatinya.
“macam nilah….akak nak straight to de point je……aina sekarang ni kat kampong…agak sibuk sikit….handset dia akak yang pegang” suara Mas tegas. bercakap tanpa bersua muka memberi sedikit kelebihan untuk mas berlakon.
“owh ye ke?...patutla dia tak jawab mesej” nada suaranya dah makin menurun. agak kecewa. Adakah dia sudah dapat meneka apa yang bakal didengar?
“famili kami tak setuju Is berkawan dengan dia…..sebab kami dah ada pilihan untuk dia di sini” betul2 straight to the point. hingga Mas merasakan Is sudah meletakkan telefon kerana Is terdiam agak lama.
“kenapa pula kakak dan famili yang nak tentukan hidup dia?” dia menjawap dalam ragu2 “kami dah lama berkawan….sekarang saya fikir baik akak bagi saya bercakap sendiri dengan dia.. biar dia yang tentukan dia nak pilih siapa..”
“dia tak ada….dia di hospital jaga ibu…..kami bukan nak halang….tapi keluarga dan abang2 tak mengizinkan…lagipun jauh sangat.”
“kenapa pula jauh nak dijadikan alasan….saya memang dah berjanji setia dengan dia…”
“awak tahu tak dia menangis bengkak mata sebab awak….semua orang dah marahkan dia…..kalau dia berdegil juga abang akan pergi ke pejabat tempat dia bekerja, buat rayuan supaya dipindahkan dengan alasan ibu sakit dan dia dah cukup tempoh perkhidmatan…kalau tak dapat pindah, kami memang buat surat resign untuk dia….biar dia kerja dengan abang sendiri…….awak suka kalau dia menangis lagi dan terus menangis…”
“apa yang akak cuba katakan?……bagi saya cakap dengan dia kak!”
“akak nak awak putuskan hubungan ni……beritahu dia awak tak dapat terima percintaan jarak jauh ini….hantar saja mesej awak nak putus…..kalau awak sayangkan dia”
“akak….saya takkan…..saya sayangkan dia”
“kalau awak nak aina menderita…….cakaplah awak sayangkan dia…biar dia tunggu awak yang tak kunjung tiba……biar dia terus menderita dengan tekanan dari famili…
“kenapa akak nak paksa saya?....bagi saya cakap dengan dia”
“tolonglah Is….kami dah ada pilihan untuk dia…..ibu pun dah setuju…..Cuma tinggal dia……akak risau kalau ibu tahu hal ni, penyakit jantung dia akan lebih parah…”
“akak…tolonglah saya….kalau saya buat macam ni….aina akan lebih parah”
“kalau awak putuskan….sekurang2nya aina akan parah sebulan dua……berbanding kalau dia teruskan niat dia dan putuskan hubungan dengan semua keluarga dia…..”
“saya takkan buat macam tu……saya...”
“baiklah…..kalau macam tu, biar akak yang buat keputusan untuk korang…..korang berdua secara rasminya akak putuskan……janganlah berhubung lagi dengan dia…handset ni minta maaflah…akak yang pegang….ini pun untuk kepentingan dia…kalau cuba email…minta maaflah, akak dengar dia tu buta IT, masa beremail pun ada kawan kat sebelah yang tolong…”
“akak….bagi saya cakap dengan dia!!”
Tut…………Mas memutuskan talian kerana itulah skrip terakhir yang tertulis. Kedua2nya terduduk di katil dengan wajah yang agak stress. “ko kata akak buta IT ye mas?” .hehe….mas hanya ketawa. Betullah tu, orang yang faham kak aina Cuma Mas.
“tut…tut………” hand set berdering lagi.
“kak aina…dia telefon lagi..”
“biarlah…..lepas ni akak tukar nombor lagi.”
“asyik tukar nombor….ni yang dah ke berapa dah..”
“apa boleh buat Mas. Ingatkan ada jodoh….dah doa minta ditetapkan hati…tapi hati ni masih berbolak balik….terpaksalah tukar nombor lagi…..supaya hati menjadi tetap ….pada yang seorang lagi”
“ha..”mas cuma mengerling. “siapa lagi..?”
“doktor. yang ni dekat sikit, tinggal di KL……”
“huh..kak aina!”


Nota kaki : hidup ini sukar dijangka.



Tak lama kemudian…


No comments:

Post a Comment