20110911

Tema minggu ini : PAKSA DIRI BUKAN MANJAKAN DIRI

1. Apa yang dikatakan sebagai memanjakan diri?
Pernah kah dalam hati kamu berkata dengan ayat2 seperti ini
·         ala cikgu, latihan lagi..?
·         berapa banyak soalan lagi ni cikgu ?
·         10 soalan cukuplah cikgu..
·         hari ni buat kerja sendirilah cikgu..
·         hari ni main kuizlah, tak payah belajar
·         bermain dalam kelas lebih seronok daripada belajar
·         malaslah nak solat, lagi pun mati lambat lagi

Ketika hati kamu sedang berkata begitu. Kamu seharus melawan dengan memaksa diri. Jika kamu mengikut hati kamu yang malas itu, maknanya kamu sudah memanjakan diri kamu. Maka kamu akan tersasar dari jalan kejayaan.

Kesimpulannya:
Di sini maksud Manjakan diri = malas
hasil dari memanjakan diri, kamu akan tersasar dari jalan kejayaan. Kejayaan di dunia dan akhirat.

2.  bagaimana hendak menjadi pelajar yang Berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang?
·         Jangan beri dalih ….tapi kata boleh
·         Bersikap positif – sikap adalah kunci utama kecerdasan otak
·         Perlu rajin belajar
·         Paksa diri bukan manjakan diri – maksudnya mesti berusaha bersungguh2 dan jangan  malas.

3.  Bagaimana hendak memaksa diri?
·         Tetapkan matlamat kamu. Di mana kamu hendak berada 1 tahun lagi, 2tahun lagi? berapa A PMR kamu mahu?
·         Contohnya semasa bulan ramadhan yang baru berlalu. Semasa kamu berpuasa apa matlamat yang kamu tetapkan dalam hati? Ada tak matlamat…ka kamu puasa sebab mak ayah suruh puasa, sebab kawan2 puasa, kalau tak puasa nanti malu.
Orang yang berpuasa dengan matlamat untuk mencari keredhoan tuhan, kamu akan Nampak betapa berusahanya dia untuk menjaga puasa dia. Dia takkan berdalih, mengelat, menipu, berputus asa dengan puasa dia.
·         Sama juga dalam pelajaran, kalau kamu ada matlamat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang…….kamu perlu memaksa diri:
·         suka atau tidak suka, asalkan perkara itu penting untuk matlamat kamu, kamu mesti lakukan.
·         Paksa diri menyiapkan semua latihan yang diberikan guru.
·         Paksa diri memberikan tumpuan semasa guru mengajar.
·         Paksa diri mematuhi jadual belajar di rumah.
·         Paksa diri supaya ikut jadual hidup dengan lebih berdisiplin. (apa jadual hidup?) bangun pagi, gosok gigi mandi solat baca alquran, baca buku….pergi sekolah

Jadi kesimpulannya:
·         Manjakan diri = bermalas-malasan
·         Paksa diri = berusaha dengan gigih
·         Jika kamu berjaya melawan malas dengan memaksa diri, maka kamu akan menemui kejayaan suatu masa nanti. Percayalah.
·         Kecemerlangan akan tercipta bila à pelajar biasa daripada keluarga biasa dengan kecerdasan biasa yang belajar di sekolah biasa……berusaha secara luar biasa

Sama juga dalam bab solat. Mula2 darjah 1 kamu semua dipaksa supaya solat. Ada kah yang rela hati nak solat. Tak ada. Semua dipaksa. Kemudian2 lama2 kamu dah biasa kamu akan rasa janggal bila tak solat. Bila bab solat pun kamu masih manjakan diri, malas, tak mau buat. menipu kata solat tapi sebenarnya tak solat. Cikgu kamu tengok pun rasa nak manjakan kamu dengan rotan.

No comments:

Post a Comment