20110902

suatu hari di hari raya

Suatu hari di hari raya
Ku lihat cahaya bersinar indah……

Raya kedua kami menuju ke rumah kawan sekolah di penang kerana ada kenduri kahwin. Aku dengan seorang kawan dan 4 anak buah. Cerita paling panas masa kenduri tersebut ialah kami makan nasi panas di tengah kepanasan matahari yang terik membakar di sulam bubur kacang hitam yang panas…aduh panas sungguh.
Destinasi seterusnya adalah rumah kawan sekerja. Yang berada dalam kawasan yang sama. Dah puas makan dan berseronok dengan duit raya. Kami menuju ke rumah kawan lama pula. Anak2 buah sibuk mengira duit raya. Yang paling aku tak tahan dengan bebudak ni semasa menerima sampul terus dibuka kemudian dia akan berkata dengan kuat berapa jumlah duit raya yang telah terkumpul termasuk duit dari sampul yang telah dibukanya…….malu tu….mmm….jgn cakap la….xtau nak sorok muka kat mana. Nasib baik yang buat perangai tu Cuma 2 orang yang umur 4 dan 5 tahun tu saje….yang dua tu dah darjah 5 dan 6 sibuk jugak dorang nasihatkan adik tomboy dorang supaya jangan buat macam tu.
walaupun baru dua buah rumah, tapi disebabkan masa yang diambil untuk brborak agak lama, maka lamalah jadinya. selepas keluar dari rumah kedua, waktu sudah pun menghampiri maghrib. Semasa dalam kereta aku pun bertanya dengan penuh bergaya dengan harapan bebudak ni excited lagi untuk beraya : next destination!!? .of course yang umo 5 thun tu begitu excited siap bertanya kembali macam tak percaya sebab hari sudah hampir malam pun : eh kita nak pergi beraya lagi?.
"ye...so..next destination....."
Dan dengan selamba abang Ngah yang darjah lima menjawab membuat abang long disebelah terkejut : alam barzakh!

No comments:

Post a Comment