Biasakan yang betul
Betulkan yang biasa
Suatu hari ketika imam Abu Hanifah sedang berjalan2 melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, beliau terdengar suara orang mengeluh dan menangis tersedu2.
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pulang ke rumahnya dan mengambil bungkusan untuk diberikan kepada orang itu.
Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.
Dan, si malang itu berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa2 membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis,
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi.
Mendengar keluhan itu lagi, Abu Hanifah pun lalu melempar lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik mendapat bungkusan itu, lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada secebis kertas lalu dibacanya
Sebaik selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Note: jangan jadikan yang buruk sebagai satu kebiasaan kerana……bila ia sudah menjadi satu kebiasaan, amat sukar pula untuk mengubahnya.
“hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘Malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan..jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin dating sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak patut duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan memperkenankan permohonan orang yang malas berusaha. Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan memohon pertolongan Allah. Insyaallah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah….carilah pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”
“Ya Allah Tuhan yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak memberinya kepadaku, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”
“hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu. Kamu tidak perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah memohon kepadaNya dengan bersungguh2, jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”
“aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang nasibnya dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum pernah dating sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas kasihan yang sudi memberi curahan air walau pun setitik,”
No comments:
Post a Comment