20120810

20111112

santai

Bila anak buah ku memandang ibu kucing dan anaknya..dia berpusing kepada ibunya dan bertanya


Dib : mak ! kenapa ibu kucing tu jilat anaknya?

Mak Dib : sebab ibu kucing tu sayang anaknya

Dib :Habis….kenapa mak tak jilat adik?

Muahaha…..abang long ketawa… “adik penuh air liur basi”

Mak Dib : aiiih…kucing bagi mandi anaknya gitula. Takkan dia nak ambik cebok cedok air dan mandikan anak dia….

20111106

cuti sekolah dah hampir tiba

Teringat cuti sekolh yang lepas. apa dorang dah buat ngan kucing ku

Apa dorang dah buat ngan lampu rechargeableku...amek masa 2,3 jam gak nak leraikan ikatan tu

20110911

Tema minggu ini : PAKSA DIRI BUKAN MANJAKAN DIRI

1. Apa yang dikatakan sebagai memanjakan diri?
Pernah kah dalam hati kamu berkata dengan ayat2 seperti ini
·         ala cikgu, latihan lagi..?
·         berapa banyak soalan lagi ni cikgu ?
·         10 soalan cukuplah cikgu..
·         hari ni buat kerja sendirilah cikgu..
·         hari ni main kuizlah, tak payah belajar
·         bermain dalam kelas lebih seronok daripada belajar
·         malaslah nak solat, lagi pun mati lambat lagi

Ketika hati kamu sedang berkata begitu. Kamu seharus melawan dengan memaksa diri. Jika kamu mengikut hati kamu yang malas itu, maknanya kamu sudah memanjakan diri kamu. Maka kamu akan tersasar dari jalan kejayaan.

Kesimpulannya:
Di sini maksud Manjakan diri = malas
hasil dari memanjakan diri, kamu akan tersasar dari jalan kejayaan. Kejayaan di dunia dan akhirat.

2.  bagaimana hendak menjadi pelajar yang Berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang?
·         Jangan beri dalih ….tapi kata boleh
·         Bersikap positif – sikap adalah kunci utama kecerdasan otak
·         Perlu rajin belajar
·         Paksa diri bukan manjakan diri – maksudnya mesti berusaha bersungguh2 dan jangan  malas.

3.  Bagaimana hendak memaksa diri?
·         Tetapkan matlamat kamu. Di mana kamu hendak berada 1 tahun lagi, 2tahun lagi? berapa A PMR kamu mahu?
·         Contohnya semasa bulan ramadhan yang baru berlalu. Semasa kamu berpuasa apa matlamat yang kamu tetapkan dalam hati? Ada tak matlamat…ka kamu puasa sebab mak ayah suruh puasa, sebab kawan2 puasa, kalau tak puasa nanti malu.
Orang yang berpuasa dengan matlamat untuk mencari keredhoan tuhan, kamu akan Nampak betapa berusahanya dia untuk menjaga puasa dia. Dia takkan berdalih, mengelat, menipu, berputus asa dengan puasa dia.
·         Sama juga dalam pelajaran, kalau kamu ada matlamat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang…….kamu perlu memaksa diri:
·         suka atau tidak suka, asalkan perkara itu penting untuk matlamat kamu, kamu mesti lakukan.
·         Paksa diri menyiapkan semua latihan yang diberikan guru.
·         Paksa diri memberikan tumpuan semasa guru mengajar.
·         Paksa diri mematuhi jadual belajar di rumah.
·         Paksa diri supaya ikut jadual hidup dengan lebih berdisiplin. (apa jadual hidup?) bangun pagi, gosok gigi mandi solat baca alquran, baca buku….pergi sekolah

Jadi kesimpulannya:
·         Manjakan diri = bermalas-malasan
·         Paksa diri = berusaha dengan gigih
·         Jika kamu berjaya melawan malas dengan memaksa diri, maka kamu akan menemui kejayaan suatu masa nanti. Percayalah.
·         Kecemerlangan akan tercipta bila à pelajar biasa daripada keluarga biasa dengan kecerdasan biasa yang belajar di sekolah biasa……berusaha secara luar biasa

Sama juga dalam bab solat. Mula2 darjah 1 kamu semua dipaksa supaya solat. Ada kah yang rela hati nak solat. Tak ada. Semua dipaksa. Kemudian2 lama2 kamu dah biasa kamu akan rasa janggal bila tak solat. Bila bab solat pun kamu masih manjakan diri, malas, tak mau buat. menipu kata solat tapi sebenarnya tak solat. Cikgu kamu tengok pun rasa nak manjakan kamu dengan rotan.

20110902

suatu hari di hari raya

Suatu hari di hari raya
Ku lihat cahaya bersinar indah……

Raya kedua kami menuju ke rumah kawan sekolah di penang kerana ada kenduri kahwin. Aku dengan seorang kawan dan 4 anak buah. Cerita paling panas masa kenduri tersebut ialah kami makan nasi panas di tengah kepanasan matahari yang terik membakar di sulam bubur kacang hitam yang panas…aduh panas sungguh.
Destinasi seterusnya adalah rumah kawan sekerja. Yang berada dalam kawasan yang sama. Dah puas makan dan berseronok dengan duit raya. Kami menuju ke rumah kawan lama pula. Anak2 buah sibuk mengira duit raya. Yang paling aku tak tahan dengan bebudak ni semasa menerima sampul terus dibuka kemudian dia akan berkata dengan kuat berapa jumlah duit raya yang telah terkumpul termasuk duit dari sampul yang telah dibukanya…….malu tu….mmm….jgn cakap la….xtau nak sorok muka kat mana. Nasib baik yang buat perangai tu Cuma 2 orang yang umur 4 dan 5 tahun tu saje….yang dua tu dah darjah 5 dan 6 sibuk jugak dorang nasihatkan adik tomboy dorang supaya jangan buat macam tu.
walaupun baru dua buah rumah, tapi disebabkan masa yang diambil untuk brborak agak lama, maka lamalah jadinya. selepas keluar dari rumah kedua, waktu sudah pun menghampiri maghrib. Semasa dalam kereta aku pun bertanya dengan penuh bergaya dengan harapan bebudak ni excited lagi untuk beraya : next destination!!? .of course yang umo 5 thun tu begitu excited siap bertanya kembali macam tak percaya sebab hari sudah hampir malam pun : eh kita nak pergi beraya lagi?.
"ye...so..next destination....."
Dan dengan selamba abang Ngah yang darjah lima menjawab membuat abang long disebelah terkejut : alam barzakh!

20110815

20110518

jom tengok wayang

-Jom tengok wayang…
-cite pe?
-Pirate of caribbean la
-kalau tengok cite tu kompom aku tidur....tengok nur kasih ler
-kalau nur kasih, aku pulak yang tido..

-Last…….korang decide tengok cite pe?
-Sebab tak sejiwa jadi kitorang tak jadi nak pergi…tapii…ada orang lain pulak  ajak tengok wayang cite lagi tak serasi dengan jiwa aku
-Sape ajak?
-Anak2 fruit
-Hhaha…aku tau cite pe?hahaha
-Hehe…..doraemon dengan ikan duyung